Wednesday, July 22, 2015

Deria Penglihatan

1.5 DERIA PENGLIHATAN
*STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN MATA


# Mata adalah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita dan sangat ternilai.
# Mata merupakan satu organ yang satu- satunya ' deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya'
     ( light stimulus )
# Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol 

"struktur mata"
1.)struktur mata(

>>>>>>Di luar bahagian bebola mata, dilindungi oleh tiga lapisan yang utama , iaitu, 'Sklera, 
Koroid dan Retina' (SKR)
>>>>>>Bahagian mata juga dilindungi oleh kelenjar air mata .

A) Sklera - Lapisan luar mata. Lapisan ini berwarna putih dan dan kuat.
B) Koroid - Lapisan tengah mata. Mempunyai pigmen dan banyak kapilari darah
C) Retina - Lapisan dalam mata. Mempunyai banyak fotoreseptor yang peka akan cahaya


2.)Struktur dan Fungsi lengkap mata

BAHAGIAN
STRUKTUR
FUNGSI
Sklera
Lapisan luar yang kuat dan berwarna putih
*Melindungi dan mengekalkan bentuk mata
Koroid
Lapisan tengah yang mempunyai pigmen dan banyak kapilari darah
*Menyerap cahaya dan menghalang pantulan cahaya dan di dalam mata
*Membekalkan oksigen dan nutrient kepada mata
Retina
Lapisan dalam yang mempunyai banyak fotoreseptor
*Tempat imej terbentuk
*Mengesan rangsangan cahaya
Konjunktiva
Membran yang nipis dan lut sinar
*Melindungi kornea
Kornea
Lapisan yang lutsinar dan melengkung di hadapan mata
*Membenarkan cahaya memasuki mata
*Membantu memfokus cahaya ke atas  retina
Iris
Bahagian berwarna pada mata yang terbentuk daripada lapisan koroid
*Mengawal saiz pupil (anak mata)
Anak mata
Bukaan kecil di tengah-tengah Iris
*Mengawal jumlah cahaya yang memasuki mata
Kanta mata
Kanta dwicembung yang lut sinar dan elastik
*Membias dan memfokuskan cahaya ke atas retina
Otot silia
Otot yang melekat pada iris
*Mengecut dan mengendur untuk menukar ketebalan mata
Gelemair
Bendalir yang berair dan lut sinar yang memenuhi ruang di hadapan mata
*Membantu membiaskan cahaya dan memfokuskan imej ke atas retina
*Membantu mengekalkan bentuk bola mata
Gelemaca
Bahan lut sinar seperti jeli yang memenuhi ruang di belakang kanta
*Membantu membiaskan cahaya ke atas retina
* Membantu mengekalkan bentuk bola mata
Ligament gantung
Ligamen yang menghubungkan kanta dengan otot silia
*Memegang kanta mata
Saraf optik
Saraf yang menghubungkan fotoreseptor dalam retina ke otak
*Membawa impuls saraf dari retina ke otak
Bintik buta
Titik di atsa retina tempat saraf optic meninggalkan mata
*Tidak peka terhadap cahaya
Bintik kuning
Lekuk pada retina yang paling peka kepada cahaya
*Mengesan cahaya atau imej yang jatuh ke atasnya

3. ) Saiz anak mata berubah dalam keadaan berbeza , mengikut jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata,

(a) Anak mata akan menjadi lebih besar apabila seseorang bergerak dari tempat yang terang ke tempat yang gelap.


(b) Anak mata akan menjadi lebih kecil apabila seseorang bergerak dari tempat yang gelap ke tempat yang terang.



1 comment:

  1. wooooo...... very clear information and its easyfor the students to catch up fast!!🥰🥰😘😘😘

    ReplyDelete