Friday, September 4, 2015

DERIA PENDENGARAN

1.4-DERIA PENDENGARAN (TELINGA)

1.1.1-STRUKTUR DAN FUNGSI TELINGA

  • Telinga merupakan organ deria yang berfungsi untuk mendengar dan keseimbangan
  • Terdapat tiga bahagian dalam telinga,iaitu,telinga luar,telinga tengah,telinga dalam
  • Telinga luar dapat dilihat,Manakala telinga tengah  dan telinga dalam dilindungi oleh tengkorak

BAHAGIAN CUPING TEINGA






#FUNGSI BAHAGIAN -BAHAGIAN TELINGA



TELINGA LUar
BAHAGIAN
STRUKTUR
FUNGSI
Cuping telinga
Terdiri daripada rawan dan kulit
*      Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam salur telinga
Salur telinga /Salur auditori
Laluan sempit yang menuju ke gegendang telinga
*      Mengarahkan bunyi ke gegendang telinga






Telinga tengah
Gegendang telinga
Membrain nipis di hujung salur telinga
*      Bergetar apabila dihentam oleh gelombang
Osikel
Terdiri daripada tiga tulang kecil, iaiatu tukul , andas dan rakap
*      Menguatkan getaran dan memindahkannya kepada jendela bujur
Jendela bujur
Bukaan bujur yang diliputi membran, menuju ke telinga dalam
*      Menghantar getaran dari osikel telinga dalam.
*      Getaran daripada jendela bujur menyebabkan bendalir dalam koklea bergetar.
Tiub Eustachio
Tiub sempit yang menghubungkan telinga tengah ke belakang tekak
*      Membantu mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga (tidak terlibat dalam mekanisme pendengaran)




Telinga  dalam
Koklea
·         Tiub berlingkar yang  mengandungi bendalir
·         Mengandungi reseptor yang peka kepada getaran
*      Mengesan getaran dan menukarkan getaran itu kepada impuls saraf
Saraf Auditori
Gentian saraf yang menghubungkan reseptor di dalam koklea dengan kotak
*      Menghantar impuls saraf dari reseptor ke otak
Salur Separuh Bulat
Tiga salur separuh bulat yang terletak bersudut tegak antara satu sama lain
*      Membantu mengekalkan keseimbangan badan (tidak terlibat dalam mekanisme pendengarn)

















No comments:

Post a Comment